|
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
TAFSIRANo
Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.
o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.
o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.
o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.
o Evidens Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid
melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat
berdasarkan deskriptor. Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan
oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam
bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak,
laporan dan lain-lain.
o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.
KERANGKA STANDARD PRESTASI
BAND
|
STANDARD
|
1
|
Tahu
|
2
|
Tahu dan Faham
|
3
|
Tahu, Faham dan Boleh Buat
|
4
|
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
|
5
|
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
|
6
|
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
|
TAFSIRAN BAND
BAND
|
PERNYATAAN BAND
|
TAFSIRAN
|
1
|
TAHU
|
Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
|
2
|
TAHU DAN FAHAM
|
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
|
3
|
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
|
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
|
4
|
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
|
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
|
5
|
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
|
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
|
6
|
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
|
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
|
MATLAMAT KURIKULUM
Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah bertujuan membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup.
OBJEKTIF KURIKULUM
Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah berkebolehan untuk:
1. Melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut konsep pergerakan
2. Mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor
3. Mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan
pergerakan
4. Mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan
5. Mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala
6. Mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal
7. Melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran
yang selamat
8. Mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa
melakukan aktiviti fizikal; dan
9. Mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan
BAND
|
PERNYATAAN STANDARD
|
1
|
Tahu melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti fizikal
|
2
|
Tahu dan faham melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti fizikal berkaitan kecergasan
|
3
|
Tahu, faham dan boleh mengembangkan pengetahuan dan kebolehan dalam kemahiran pergerakan dan kecergasan mengikut konsep pergerakan dan konsep kecergasan dengan lakuan yang betul
|
4
|
Tahu, faham dan boleh mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan untuk melakukan pergerakan dan aktiviti yang dapat mengekalkan dan meningkatkan kemahiran dan kecergasan
|
5
|
Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan atas kesedaran kepentingan melakukan pergerakan dan aktiviti fizikal untuk meningkatkan kemahiran dan kecergasan dan melakukannya secara seronok, mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan mempamerkan tanggungjawab kendir (Nilai & interaksi)
|
6
|
Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan serta menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat untuk kesejahteraan ( sepanjang tahun )
|
BAND
|
PERNYATAAN STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
1
Tahu
|
B1
Tahu melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti fizikal
|
B1D1
Melakukan kemahiran gimnastik asas yang mudah
B1D2
Melakukan kemahiran asas permainan yang mudah
B1D3
Melakukan kemahiran asas olahraga
|
B1D1E1
Melakukan imbangan di atas bangku gimnastik (1.2.1)
B1D1E2
Melakukan aktiviti bergayut pada posisi badan lurus dan lutut difleksikan.(1.3.2)
B1D2E1
Menghantar dan menerima bola menggunakan tangan, kaki dan alatan.(1.6.1/1.6.2)
B1D2E2
Melakukan servis menggunakan tangan, kaki dan alatan.(1.7.1)
B1D2E3
Melakukan balingan bola atas bahu dan bola pelbagai aras.(1.8.1)
B1D3E1
Berlari dalam pelbagai kelajuan dan jarak.
(1.9.1/1.9.2)
B1D3E2
Melompat menggunakan sebelah kaki dan mendarat dengan kaki yang berbeza (1.10.3)
|
BAND
|
PERNYATAAN STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
2
Tahu dan Faham
|
B2
Tahu dan faham melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti fizikal berkaitan kecergasan
|
B2D1
Melakukan gimnastik asas
B2D2
Melakukan kemahiran asas permainan
B2D3
Melakukan kemahiran asas balingan dalam olahraga
|
B2D1E1
Melakukan hambur daripada aras rendah dan mendarat pada aras tinggi.(1.1.2)
B2D1E2
Melakukan rangkaian imbangan (1.2.2)
B2D2E1
Menggelecek bola dengan menggunakan alatan.(1.6.3)
B2D2E2
Melakukan pukulan pepat (forehand)
dan kilas (backhand) (1.7.3/1.7.4).
B2D3E1
Melontar, merejam dan melempar objek pada pelbagai jarak.(1.11.1/1.11.2/1.11.3)
|
BAND
|
PERNYATAAN STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
3
Tahu, Faham dan Boleh Buat
|
B3
Tahu, faham dan boleh mengembangkan pengetahuan dan kebolehan dalam kemahiran pergerakan dan kecergasan mengikut konsep pergerakan dan konsep kecergasan
|
B3D1
Melakukan kemahiran gimnastik asas dengan lakuan yang betul
B3D2
Melakukan kemahiran asas permainan dengan lakuan yang betul
B3D3
Berkebolehan melakukan kemahiran asas lompatan dalam olahraga
B3D4
Melakukan senaman dengan lakuan yang betul
|
B3D1E1
Mengimbang badan sebelum dan selepas melakukan guling depan.(1.2.3)
B3D2E1
Melakukan kemahiran mengadang dan memintas.(1.6.4/1.6.5)
B3D2E2
Menjaring menggunakan tangan, kaki dan alatan.(1.6.6)
B3D3E1
Melompat melepasi halangan pada pelbagai aras.(1.10.4)
B3D4E1
Melakukan senaman yang dapat meningkatkan kapasiti aerobik, daya tahan dan kekuatan otot dalam masa yang ditetapkan.(3.2.1/3.4.1)
|
BAND
|
PERNYATAAN STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
4
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
|
B4
Tahu, faham dan boleh mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan untuk melakukan pergerakan dan aktiviti yang dapat mengekalkan dan meningkatkan kemahiran dan kecergasan
|
B4D1
Mengaplikasikan kemahiran gimnastik asas (2.1)
B4D2
Mengaplikasikan kemahiran asas permainan(1.8)
B4D3
Mengaplikasi konsep dan prinsip dalam kemahiran asas olahraga
(2.9/2.10/2.11)
B4D4
Mengaplikasi aktiviti fizikal dalam komponen kecergasan
(4.1.2/4.2/4.3/4.4/4.5
B4D5
Mengaplikasi corak pergerakkan mengikut irama (2.5)
B4D6
Melakukan kemahiran akuatik asas
atau
Melakukan aktiviti rekreasi dan kesenggangan
|
B4D1E1
Melakukan imbangan secara berkumpulan
( 1.2.4 )
B4D1E2
Melakukan guling belakang(1.4.1)
B4D2E1
Melakukan balingan tangan lurus mengikut dan melawan arah pusingan jam.
(1.8.4/1.8.5)
B4D3E1
Mengenalpasti lakuan yang betul dalam kemahiran asas berlari, lompatan dan balingan.
(2.9.11/2.9.2/2.10.1/2.10.2/2.11.1/2.11.2,2.11.3)
B4D4E1
Melakukan dan menerangkan kepentingan senaman daya tahan dan senaman kekuatan otot.
(4.4.2)
B4D5E1
Melakukan satu rangkaian pergerakan mengikut tempo.(1.5.2)
B4D6E1
Mengawal pernafasan dan melakukan tendangan keribas (flutter kick) dalam posisi meniarap dan terlentang
(1.12.1/1.13.1./1.13.2)
atau
Bermain permainan strategi dan permainan tradisional
(1.14.1/1..14.2....)
|
BAND
|
PERNYATAAN STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
5
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
|
B5
Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan atas kesedaran kepentingan melakukan pergerakan dan aktiviti fizikal untuk meningkatkan kemahiran dan kecergasan dan melakukannya secara seronok, mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan mempamerkan tanggungjawab kendiri
|
B5D1
Menguasai elemen pengurusan dan keselamatan
B5D2
Mengamalkan tanggungjawab kendiri
B5D3
Melibatkan diri dalam interaksi sosial |
B5D1E1
Mematuhi peraturan serta mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan
5.1.1,5.1.2,5.1.4
B5D2E1
Mempunyai keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal
B5D3E1
Berkebolehan berkomunikasi dengan baik di antara:
|
BAND
|
PERNYATAAN STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
6
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
|
B6
Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan serta menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat untuk kesejahteraan
|
B6D1
Mengamalkan konsep kemahiran pergerakan, kecergasan dan gaya hidup sihat.
|
B6D1E1
Berupaya memupuk kreativiti minda, dalam kemahiran pergerakan dan aktiviti kecergasan untuk kesejahteraan hidup.
B6D1E2
Mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang menjurus kepada gaya hidup sihat.
|
* Band 6 dinilai sepanjang tahun
No comments:
Post a Comment